bila fikirkan balik, kenapa kita suka berfikiran negatif? suka bersangka buruk? pernah tak korang mengeluh seperti ni?
kenapa hidup aku tak pernah bahagia?
kenapa aku tak bertuah macam orang lain?
sampai mati pun aku takkan maafkan dia!!
lebih baik aku mati daripada hidup macam ni!!
atau ayat-ayat negatif yang lain.. sekarang aku nak tanya pendapat korang, apa korang rasa bila korang baca atau berfikir benda-benda negatif?
mesti korang rasa sakit hati, geram, marah.. rasa macam nak lempar semua barang yang ada depan korang. rasa nak menjerit kuat-kuat. ada tak? ada tak?
apa yang pasti, ketika itu, aura negatif makin kuat dalam diri korang. dan itu membuatkan korang lagi susah nak mendapat kebahagiaan dalam hidup korang.
sebab itu aku ubah cara berfikir. tapi berubah itu memerlukann usaha, bukan dengan petik jari,kan?
cara yang aku guna, ialah dengan menulis diari. orang selalu menulis diari bila dia gembira, sedih marah.. seolah menceritakan kisah hidupnya hari-hari.
tapi, aku menulis hanya apabila aku terfikir benda-benda positif. aku menulis kata-kata semangat, keyakinan dan keazaman. segala yang positif. sebab, bila-bila masa lapang aku akan baca balik apa yang aku tulis. waktu-waktu yang aku marah, tension, sedih, aku akan jauhi diari aku. aku tak akan menulis perasaan aku waktu itu. bila kemarahan aku reda, aku akan lupa perasaan aku masa tu. dan aku tak dapat ingat semula sebab aku langsung tak catat perasaan aku kat mana-mana. jadi dengan mudah aku mula melupakan dan memaafkan.
hidup kita bergantung pada cara kita berfikir. kalaulah kita menerima segala ujian dalam hidup kita dengan hati terbuka, dengan berfikir positif, kita tak merasa terseksa dengan hidup kita.
tapi jika kita sentiasa berfikir negatif, kita akan sentiasa terkenang kesusahan kita sepanjang hidup kita, dan kita akan terasa hidup kita sentiasa diuji, kita akan merasa tak pernah bahagia.
sentiasalah bersemangat untuk mengubah hidup kita. marilah kita ukir kebahagiaan dalam hidup kita!!
(^_^)
aina-mida
Setiap orang mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza.. Luahkan apa yang ada diminda kita..
Ahad, 26 Mei 2013
Jumaat, 24 Mei 2013
Harga Diri
pernah tak korang rasa benci dengan diri sendiri? aku pernah.. aku mengaku.. tapi kemudian aku terpikir, kenapa aku benci diri aku sendiri? aku senarai semua sifat aku yang aku benci. cth:
malu tak bertempat
pendiam
penganggur
tiada keyakinan diri.
dan banyak lagi. tapi kalaulah aku sendiri benci dengan diri aku, siapa nak suka aku? nak sayang aku?
jadi aku ubah diri aku. bukan untuk orang suka aku, tapi sekurang-kurangnya aku sendiri sayang dengan diri aku.
aku mula dari mana? aku bina keyakinan diri aku. aku cari kat internet cara untuk bina keyakinan diri. dan aku puji diri sendiri. aku tak harap pujian dari orang lain. bila aku selesai lakukan satu tugasan, atau berjaya selesaikan satu masalah dengan bijak, aku puji diri sendiri, aku kata, 'aku kan genius' hehe.
lama-lama, aku semakin genius, aku mula yakin dengan diri sendiri, dengan kemampuan aku. kemudian aku latih diri aku untuk berfikiran positif..
kalau korang nak tahu macamana aku latih diri aku untuk berfikiran positif, tunggulah entry aku seterusnya..

Langgan:
Catatan (Atom)